KUALA LUMPUR 1 Ogos – TELEKOM Malaysia Berhad (TM) menegaskan penganugerahan kontrak bernilai RM11.15 juta kepada Opcom Holdings Bhd. (Opcom) dibuat melalui proses tender terbuka. MOKHZANI MAHATHIR TM dalam kenyataannya berkata, pihaknya mempunyai proses perolehan yang ketat serta telus dan berpegang kepada kod tingkah laku terbaik dari sudut tadbir urus korporat dan integriti. Jelas syarikat itu, tender terbuka bagi kontrak Rakan Unifi bermula pada Januari lalu dan proses penilaian berakhir pada April. “Barisan Lembaga Pengarah TM telah meluluskan pemberian kontrak semasa mesyuarat yang diadakan pada 24 April. Sebanyak 19 kontraktor dengan 13 dari Semenanjung termasuk Opcom Cables Sdn. Bhd.. dan tiga kontraktor masing-masing dari Sabah dan Sarawak telah diberikan kontrak berkenaan. “Surat Tawaran (LOA) dikeluarkan pada 14 Mei dan kontrak berkenaan bermula 2 Julai bagi tempoh satu setengah tahun,” katanya dalam kenyataan lewat petang ini. Kenyataan TM tersebut bagi menjelaskan penganugerahan kontrak bernilai RM11.157 juta kepada Opcom Holdings Bhd. yang diterajui oleh anak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu. Sebelum itu Ketua penyelidik sebuah firma penyelidikan yang enggan dikenali berkata, Kontrak ‘Rakan UniFi’ telah dianugerahkan pada 14 Mei lalu iaitu lima hari selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang terbentuknya kerajaan Pakatan Harapan (PH). Malah katanya, Opcom tidak memenangi sebarang kontrak daripada Telekom Malaysia (TM) sejak 2016 atau lebih tepat setelah Dr. Mahathir mengumumkan keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti baharu yang turut memenangi PRU tersebut. “Sebelum ini syarikat Opcom pernah memenangi kontrak sebanyak RM20.3 juta pada… [Read full story]
Leave a Reply